AHAMDULILLAH..

Akhirnya Allah s.w.t talah memberi aku semangatuntuk membuat tugasan yang telah diberikan kepada aku oleh Dr. Hajah Fatimah. Beliau telah memberi tugasan kepada aku dan rakan-rakan yang lain (Nik, Rohaidah dan Nadia) yang bertajuk " PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ".

Kami diminta untuk membuat 4 laman blog yang mengendungi laman Pengajaran dan pembelajaran, Maklumat peribadi, Blog Pilihan dan Refleksi. Kami talah membuat beberapa perjumpaan kumpulan untuk membincangkan tugasan yang telah diberikan ini untuk melengkap dan menyempurnakan Latihan Ilmiah ini.

Setelah membuat penganalisian beberapa buah tajuk akhirnya aku berminat untuk membina satu tajuk P&P yang agak menarik dan aku sangat berminat tentangnya iaitu "SEJARAH KETAMADUNAN ISLAM". Sebab apa aku pilih tajuk ini adalah kerana aku tengok tak ramai yang suka dengan sejarah ni. Lebih2 lagi pasal sejarah tamadun islam. Dan hasil pemerhatian dan penganalisian, aku dapati x banyak maklumat maya bersumberkan laman web yang berkaitan dengan Sejarah Ketamadunan Islam ini. Tiada maklumat yang terperinci berkaitan dengan tajuk ini.

Maka aku pun mengambil langkah untuk membina satu laman pengajaran dan pembelajaran ini yang mengandungi 9 Kriteria Standard Pemikiran iaitu kejelasan, Ketepatan , Terperinci, Logik, Relevan, Mendalam, Luas, Signifikan dan adil. Kemudian ditambah satu lagi iaitu Adil bagi melengkapkan Kriteria itu menurut pandangan Islam. Aku dan rakan-rakan pada mulanya blur jugak. X berapa nak faham. Maka kami telah mencari beberapa buah buku sebagai rujukan. Setelah memahami kesemua kriteria2 tersebut, aku pun memulakan operasi mencari 50 laman web yang berkaitan. Laman-laman web ini perlu dikaji adakah ianya mempunyai kesemua kriteria2 standard pemikiran.

Setelah selesai mengkaji laman web tersebut, maka bermulalah proses pembinaan blog yang aku x tau langsung camner nak membuatnye.. hehehe.. Nak taknak, kene blajar dan xplor la..huhu..

bersambung..... :-)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "AHAMDULILLAH.."

Post a Comment